Ahad, 26 Julai 2009

Secubit Rasa Bersama Saya


Assalamualaikum.w.t & salam kemesraan...



Kita manusia memerlukan alam ini untuk hidup, dan kita juga memerlukan sesama manusia untuk hidup. Kta bukan hanya bergantung kepada alam sahaja seperti air, udara dan cahaya, bahkan kita memerlukan manusia lain untuk melengkapkan kitaran hidup kita agar kita dapat hidup saling hormat menghormati dan berkasih sayang.


Tanpa petani, kita tiada beras, sayuran dan buahan, tanpa nelayan kita tidak berlauk, dan tanpa tukang jahit kita tidak berbaju.


Janganlah si kaya memperkecilkan si miskin, janganlah si pandai menghina si bodoh, janganlah si kuat menghina si lemah, janganlah kita menyombong kepada hamba Allah yang lain, kerana orang yang diperkecilkan dan dianggap hina itu sebenarnya dialah yang berjasa kepada kita.

"Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain".


"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai".

1 ulasan:

  1. Salam Ziarah...
    ....tersirat sesuatu dibalik setiap bicara.....fikiran matang dari usia....catatan yg tersimpan makna di setiap bait kata....

    BalasPadam