Ahad, 26 Julai 2009

Secubit Rasa Bersama Saya


Assalamualaikum.w.t & salam kemesraan...



Kita manusia memerlukan alam ini untuk hidup, dan kita juga memerlukan sesama manusia untuk hidup. Kta bukan hanya bergantung kepada alam sahaja seperti air, udara dan cahaya, bahkan kita memerlukan manusia lain untuk melengkapkan kitaran hidup kita agar kita dapat hidup saling hormat menghormati dan berkasih sayang.


Tanpa petani, kita tiada beras, sayuran dan buahan, tanpa nelayan kita tidak berlauk, dan tanpa tukang jahit kita tidak berbaju.


Janganlah si kaya memperkecilkan si miskin, janganlah si pandai menghina si bodoh, janganlah si kuat menghina si lemah, janganlah kita menyombong kepada hamba Allah yang lain, kerana orang yang diperkecilkan dan dianggap hina itu sebenarnya dialah yang berjasa kepada kita.

"Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain".


"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai".

Kenangan Satu Family


Gambar ni diambil pada waktu pagi di Genting Highland, kelihatan kabus Merentangi wajah keriangan sebelum menanti hari pulang, kenangan terus bersemadi dalam jiwa, terus mekar bersama kuntuman bahagia..

Kenangan Di Genting Highland


Ni gambar mak saya bergambar dengan salah seorang pengunjung yang datang ke Taman Tema, Genting Highland..
Gambar ini di rakamkan pada tahun , iaitu selepas beberapa hari hari kami menyambut Hari Raya Aidilfitri..

"Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya".

Nasyid Junior Kolej Za'ba


Gambar ni di albumkan semasa geng-geng junior membuat persembahan sempena Majlis Penutup Minggu Orientasi Za'ba...
Teruskan Perjuangan Kawan-kawan sekalian..
"Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa".

Nasyid Kolej Za'ba



Salam kemesraan...

Tahniah kepada semua ahli nasyid kolej za'ba kerana berjaya mempersembahkan buah lagu pada Majlis Penutup Minggu Orientasi za'ba..

Tahniah Semua..

(saya dua dari kanan)

Senafas


"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita".


"Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi".



"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan".


"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat".



Genting highland lagi....



Ni lak gambar abang saya ngan wife dia, pahtu mak saya di hujung tu... Satu family yang happy.. Thank you pd abang saya kerana ajak kami satu family cuti-cuti... thanks a lot.. hehehehe... Lain kali ajak lagi... ke guane???