Ahad, 26 Julai 2009

Ratu Hati Ku (ibu tercinta)


Assalamualaikum w.t.
Ini ialah emak saya, namanya ialah Puan Che Dayang Binti Sulaiman
Saya amat menyayangi beliau, tanpa beliau siapalah saya, ada kemungkinan saya tiada di dunia ini tanpa nya..
Terima kasih mak di atas segalanya..
Jasa Mu akan Ku kenanga selamanya..

Kepada anda sekalian, sayangilah ibu anda seketika ia masih bernyawa, tatkala ia telah kembali pada Yang Esa, seribu penyesalan pasti tidak berguna.. Jasa dan pengorbanan mereka tak dapat kita balas, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..
"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namunselepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yangtelah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri".
"Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan".
"Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan