Ahad, 26 Julai 2009

Secubit Rasa Bersama Saya


Assalamualaikum.w.t & salam kemesraan...



Kita manusia memerlukan alam ini untuk hidup, dan kita juga memerlukan sesama manusia untuk hidup. Kta bukan hanya bergantung kepada alam sahaja seperti air, udara dan cahaya, bahkan kita memerlukan manusia lain untuk melengkapkan kitaran hidup kita agar kita dapat hidup saling hormat menghormati dan berkasih sayang.


Tanpa petani, kita tiada beras, sayuran dan buahan, tanpa nelayan kita tidak berlauk, dan tanpa tukang jahit kita tidak berbaju.


Janganlah si kaya memperkecilkan si miskin, janganlah si pandai menghina si bodoh, janganlah si kuat menghina si lemah, janganlah kita menyombong kepada hamba Allah yang lain, kerana orang yang diperkecilkan dan dianggap hina itu sebenarnya dialah yang berjasa kepada kita.

"Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain".


"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai".

Kenangan Satu Family


Gambar ni diambil pada waktu pagi di Genting Highland, kelihatan kabus Merentangi wajah keriangan sebelum menanti hari pulang, kenangan terus bersemadi dalam jiwa, terus mekar bersama kuntuman bahagia..

Kenangan Di Genting Highland


Ni gambar mak saya bergambar dengan salah seorang pengunjung yang datang ke Taman Tema, Genting Highland..
Gambar ini di rakamkan pada tahun , iaitu selepas beberapa hari hari kami menyambut Hari Raya Aidilfitri..

"Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya".

Nasyid Junior Kolej Za'ba


Gambar ni di albumkan semasa geng-geng junior membuat persembahan sempena Majlis Penutup Minggu Orientasi Za'ba...
Teruskan Perjuangan Kawan-kawan sekalian..
"Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa".

Nasyid Kolej Za'ba



Salam kemesraan...

Tahniah kepada semua ahli nasyid kolej za'ba kerana berjaya mempersembahkan buah lagu pada Majlis Penutup Minggu Orientasi za'ba..

Tahniah Semua..

(saya dua dari kanan)

Senafas


"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita".


"Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi".



"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan".


"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat".



Genting highland lagi....



Ni lak gambar abang saya ngan wife dia, pahtu mak saya di hujung tu... Satu family yang happy.. Thank you pd abang saya kerana ajak kami satu family cuti-cuti... thanks a lot.. hehehehe... Lain kali ajak lagi... ke guane???

Chek In Hotel Di Genting


Wajah-wajah keriangan apabila berpenat lelah sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.. Akhirnya samapai ke destinasi, Syukur Alhamldulillah.. Thank you pada abang long kerana sudi ajak kami semua bercuti.. Thank You so much.. he3...
"Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara".
"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah .Hanyamereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar".

Kenangan Di Cameron



Gambar ini diambil semasa kami sekeluarga pergi bercuti di Cameron Highland pada tahun 2008 dalam musim perayaan. Bersama dalam gambar ni ialah Kakak ipar saya, Emak saya, Saya sendiri dan Adik saya..

Ratu Hati Ku (ibu tercinta)


Assalamualaikum w.t.
Ini ialah emak saya, namanya ialah Puan Che Dayang Binti Sulaiman
Saya amat menyayangi beliau, tanpa beliau siapalah saya, ada kemungkinan saya tiada di dunia ini tanpa nya..
Terima kasih mak di atas segalanya..
Jasa Mu akan Ku kenanga selamanya..

Kepada anda sekalian, sayangilah ibu anda seketika ia masih bernyawa, tatkala ia telah kembali pada Yang Esa, seribu penyesalan pasti tidak berguna.. Jasa dan pengorbanan mereka tak dapat kita balas, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..
"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namunselepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yangtelah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri".
"Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan".
"Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain".

Sebingkis Ungkapan

"Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain".

"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya".

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai".

RENUNGLAH :
"Sesuatu yang baik, belum tentu benar.Sesuatu yang benar, belum tentu baik.Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus".


Salam kemesraan...

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini...

Nama saya muhammad saifullah bin mamat, tinggal di setiu, terengganu darul iman..

"Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia".

"Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

kenangan

"hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati dan cintailah apa yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan di balas mengikut amal perbuatanmu".